Wednesday, August 2, 2017

Bismillahirrahmanirrahim,



Pernah lihat tracing exercise ini di dalam buku prasekolah anak anda? Adakah anda menggalakkan anak anda membuatnya?

Sebenarnya saya mencari perkataan yang sesuai untuk menterjemah perkataan tracing ini kepada bahasa Melayu 😅. Saya gunakan perkataan meniru ya? 😜

Jika di zaman kita kecil dulu, banyak sebenarnya latihan begini dalam buku kita. Malah di dalam buku darjah 1 pun masih banyak latihan sebegini.

Zaman kini, barangkali mahu lebih ke hadapan (advance) maka latihan begini dianggap tiada nilai maka ia dicicirkan. Baik, jika begitu, jika anda ada anak berumur 4-5 tahun, mulalah menggalakkan anak anda melakukan latihan ini.

Kenapa?

+ Latihan ini dapat mengembangkan kemahiran motor halus. Tanpa mengembangkan kemahiran ini, dibimbangi anak kita sukar untuk menulis apatah lagi melukis.

+ Latihan ini dapat membantu koordinasi mata dan tangan, kecekapan dan sedar yang kita berada di dalam ruang (spatial awareness).

+ Latihan ini akan mengajar anak kita untuk melukis garisan lengkung, lurus, bulatan dan bentuk lain. Ia mengajar menulis dan melukis serentak.

+ Bila anak cuba buat, dia akan meningkatkan keyakinan dirinya. Bukan itu sahaja, aktiviti ini boleh mengajar anak untuk memberi tumpuan.

Mahukan aktiviti ini menjadi lebih seronok?

+ Melukis di awangan. Tanya anak kita bagaimana bentuk buah epal. Ajar mereka gunakan jari telunjuk untuk membayangkan bagaimana buah epal itu. Saya suka bila anak saya (Ahmadan) describe sesuatu dengan melukis di udara walaupun saya tak pasti apa yang dia lukis itu 😂. Lebih hebat kedua-dua tangannya akan bergerak melukis benda yang dia mahu beritahu saya 😜

+ Puji anak bila dia habis meniru sesuatu garisan. Tunjuk kepadanya bahagian mana yang dia trace dengan baik.

+ Dot to dot with number - ini juga menarik. Dengan titik-titik itu, tanya anak apa agaknya yang berada di dalam gambar itu. Secara tak langsung, mereka akan belajar turutan nombor juga 😄

+ Pilih gambar haiwan atau kenderaan dari majalah contohnya. Letak satu plastik jernih dan berikan mereka permanent marker pelbagai warna. Pen hitam digunakan untuk melakar outline gambar. Kemudian, lakaran itu diwarnakan.

Banyak kemahiran lain yang akan dikembangkan dari aktiviti ini. Aktiviti ini juga terbaik bagi membantu anak kita membaca perkataan demi perkataan di dalam buku.

Di alam realiti, aktiviti ini digunakan dalam keadaan seperti melihat lantunan bola dari satu arah ke arah lain. Ia bermula dari aktiviti yang kita rasa tiada gunanya ini.

Jadi, bagaimana? Masihkah anda mahu mencicirkan aktiviti ini? 😆 Anda pilih.


Optometrist mobile anda,
Norhafizah Madzlan
Optogram