Bismillahirrahmanirrahim,
Pernahkah anda, seorang guru, atau ibubapa sendiri yang berjumpa dengan anak yang kerap menghantar kerja sekolah yang banyak kesalahan, kemudian sangat lasak seperti menuang air ke atas kepala kawannya? Mungkin itu salah satu insiden dari banyak insiden yang anak itu lakukan.
Pada kebiasaannya, anak ini pasti terkebelakang di dalam kelas, lambat mahir membaca, mengalami kesukaran mengeja, selalu kelihatan clumsy kerana sering melanggar sesuatu dan jatuh ketika menaiki tangga. Jika difikir, tanda ini ada pada kanak-kanak yang ada ADHD.
Ya benar, anak ini perlu dibawa untuk menjalani pemeriksaan. Tapi ke mana mahu dituju?
Suka untuk saya memberi cadangan agar anak seperti ini dibawa berjumpa dengan optometris yang mahir melakukan terapi penglihatan (terapi neuro-visual).
Terapi penglihatan adalah satu set latihan yang dilakukan bagi membantu melatih semula otak dan mata supaya bekerjasama dengan baik. Haha.. bunyi macam kelakar, pelikkan kita nak ajar otak dan mata bekerjasama tapi jika benar optometris itu mahir, ya! Dia akan dapat melakukannya.
Bagi mengenalpasti keadaan ini, satu penilaian neuro-visual dibuat dengan mendalam dibuat kepada sistem visual. Pada masa penilaian itu, optometris akan melihat berapa baik kedua mata fokus bersama pada sesuatu dan sama ada keuda mata itu melihat pada tempat yang sama pada masa yang sama.
Dahulunya, terapi penglihatan dibuat kepada mereka yang mengalami gegaran otak (concussions), stroke dan atlit yang mahu mempertingkatkan perfoman mereka. Tapi, perkara yang sama dapat dilakukan bagi membantu anak yang mempunyai masalah dalam pelajaran dan ada isu dengan kelasakan di dalam kelas seperti ADHD dan lain-lain.
Kanak-kanak yang tidak boleh fokus dengan baik, nampak double, atau mengalami kesukaran menggerakkan mata dari melihat jauh ke melihat dekat, in syaa ALLAH boleh membantu.
Jangan salah faham pula, kami bukan merawat ADHD 😅. Rupanya anak yang mempunyai sistem visual yang kurang berkembang juga mempunyai simptom yang sama dengan mereka yang ada ADHD.
Jika diperhatikan, anak kecil ini banyak menggunakan tangan dan sebenarnya mereka ini sangat bijak. Mereka cuba untuk menggunakan deria lain untuk mengawalnya kerana sistem visual mereka tidak berfungsi dengan baik.
Jadi, berbalik kepada isu yang saya ingin cuba bawa, bolehkah terapi penglihatan membantu masalah pembelajaran anak kita?
Ada seorang ibubapa kepada kanak-kanak yang mengalami masalah ini telah bersetuju untuk melalui 45 sesi terapi penglihatan. Pada asalnya mereka merasa skeptikal dengan latihan yang diberi. Latihan itu adalah seperti memerhati pergerakan ayunan bola tenis yang tergantung pada satu tali atau membaca huruf secara rawak pada beberapa jarak.
Mereka rasa, latihan ini karut namun memandangkan sudah alang-alang mereka bersetuju untuk membantu anak mereka, maka mereka lakukannya juga. Perubahan mula dilihat pada minggu 18 ke 19. Paling ketara perubahan pada sikapnya. Anak mereka tidak lagi mudah terjatuh dan berlanggar dengan objek dan ada peningkatan pada kerja sekolahnya.
Lebih menarik, pada minggu ke-30, pelajarannya semakin meningkat dan tiada lagi isu dengan perangainya di dalam kelas. Malah, masalah teleng yang wujud sejak kecil juga telah hilang.
Nota : Ini adalah kisah inspirasi oleh optometrist Ramesh yang merawat Alicia. Kisah ini diambil dari laman web Today's Parent.